Sunday, 11 October 2015

SEJARAH DAN POLITIK

KUMPULAN  1 : WAN NUR FATIN SURAYA BINTI WAN HAMAT
                              SITI NUR SYAHIRAH BINTI JUHARI
                              NUR AINAA AQILAH BINTI RAMLI
                               NUR ALIF NAJMI BIN KHAIRUL SALLEH
                               JUHADI BIN SAMSUDDIN.



 SEJARAH AWAL NEGARA

PENDAHULUAN

 Sejarah awal negara bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu. Penemuan arkeologi membuktikan beberapa kawasan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah didiami manusia sejak zaman prasejarah lagi. Zaman paleolitik berlaku lebih kurang 35 ribu tahun dahulu. Antara petempatan awal manusia adalah di Kota Tampan,Perak , Gua niah di Sarawak dan Tingkayu di Sabah. Perkembangan masyarakat dari zaman Paleolitik ke zaman Mesolitik , zaman logam hinggalah zaman proto sejarah memperlihatkan pembangunan tamadun yang pesat di tanah air sejak Sebelum Masihi hinggalah abad sepuluh yang pertama. Perkembangan ini terus berlaku pada abad-abad seterusnya yang menyaksikan perkembangan kebudayaan berasaskan kepercayaan dengan kemasukan pengaruh Buddha, Hindu dan kemudiannya Islam.


FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan agama Islam di Melaka. Antarnya ialah: 1. Perdagangan Melaka telah menjadi sebuah negara Islam hasil daripada kegiatan perdagangan.Setelah Melaka menjadi negara Islam, kegiatan dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei melalui cara yang sama.Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar Islam telah menarik hati penduduk tempatan termasuk pihak pemerintah sendiri.Mereka suka dan tertarik hati kepada saudagar Islam kerana kemakmurannya bergantung kepada perdagangan yang dibawa oleh saudagar tersebut.Melaka juga menjadi pusat pengajaran Islam di Nusantara. Ini dapat dibuktikan dari Melakalah Islam berkembang ke Pulau Iawa. Ahli-ahli perniagaan Jawa beramai-ramai datang ke Melaka menjalankan perniagaan dan ada di antaranya menerima Islam. Sekembalinya mereka ke Jawa, saudagar-saudagar tadi berusaha memperkenalkan Islam di Jawa. Akhirnya atas usaha saudagar-saudagar tadi, Islam telah berkembang di Jawa. Lantaran itu ramai yang berpendapat Jawa diislamkan oleh Melaka.Teori bagaimana Islam disebarkan ke alam Melayu telah dikemukakan oleh beberapa orang sarjana Barat.Teori yang tertua sekali menyatakan bahawa agama Islam disiarkan ke alam Melayu melalui saluran perdagangan seperti yang telah dikemukakan oleh Tom Pires pada tahun 1515. Teori ini menyatakan bahawa proses islamisasi di kepulauan Melayu dilakukan secara aman oleh pedagang-pedagang yang tinggal di beberapa tempat dan berkahwin dengan wanita-wanita setempat.N. Krom berpegang kepada pendapat yang sama dan beliau menekankan tentang persamaan di antara proses islamisasi dengan proses penyebaran agama Hindu di alam Melayu sebelum kedatangan agama Islam. Beliau juga berpendapat bahawa penyebaran agama Islam itu dilakukan oleh pedagang-pedagang Islam.Y.H. Kern juga berpegang kepada teori yang sama dan menambah bahawa, apabila peniaga-peniaga yang kaya telah berkahwin dengan keluarga pemerintah setempat, sedikit demi sedikit mereka dapat menguasai politik negeri berkenaan. Menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan Melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi. Pedagang-pedagang Islam dipercayai telah mendirikan koloni-koloni mereka di perairan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera untuk menjalankan kegiatan perdagangan Selain menjadi perdagangan, saudagar-saudagar tersebut juga menjalankan kegiatan dakwah di kawasan-kawasan yang disinggahi. Ada di antara mereka yang tidak menjalankan kegiatan dakwah tetapi telah memberikan kemudahan kepada golongan pendakwah yang berkhidmat secara langsung dengan mengizinkan pendakwah menaiki kapal-kapal mereka bagi menyebarkan dakwah dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain. Dengan cara ini Islam dengan cepat tersebar di Nusantara.

2. Perkahwinan Perkahwinan adalah faktor utama perkembangan Islam di Nusantara.Agama islam dikembangkan menerusi ikatan perkahwinan diraja.Raja-raja dari negeri lain berkahwin 2 dengan puteri-puteri sultan Melaka selepas memeluk agama islam.Proses ini dipanggil perkahwinan sasah.Proses ini turut membantu penyebaran Islam ke sesebuah Negara.Sebagai contoh seperti perkahwinan Puteri Pasai sengan Megat Iskandar Syah telah menyebabkan Islam tersebar ke Melaka.Agama islam bertambah kukuh apabila ramai saudagar yang beragama Islam berkahwin dengan wanita Melaka.Perhubungan keluarga telah memudahkan para perdagang islam berdakwah secara terus denagn kaum kerabat mereka sendiri.Selepas perkahwinan saudagar-saudagar tadi memperkembangkan agama Islam pada: ● Isteri ● Keluarga isteri ● Masyarakat tempatan Apabila raja-raja dan pembesar-pembesar menerima Islam dengan mudah, Islam dengan cepat ia berkembang di kalangan rakyat bawahan.Melaka sebagai pusat perkembangan agama Islam yang utama, dapat mengembangkan di tanah-tanah jajahan takluk nya seperti: ● Siak ● InderaGiri ● Rokan ● Pahang ● Perak Perkahwinan Isalam yang kaya dengan keluarga diraja setempat telah menjadi faktor utama dalam penyebaran islam ke seluruh alam melayu.

 3. Perluasan kuasa dan faktor politiK Melaka telah menduduki banyak daerah dari negeri di Semenanjung dan juga Sumatera seperti: ● Pahang ● Kedah ● Siak ● Rokan Melalui penaklukan ini, Islam telah disebarkan ke negeri-negeri tersebut.Di zaman kekuatan Melaka dahulu, melalui naungan yang diberikan terhadap tanah-tanah 3 jajahanya ia telah menyelamatkan negeri-negeri tersebur dari jatuh ke tangan kuasa-kuasa Kristian. Sarjana Barat iaitu Van Leur mengemukakan teorinya yang mengatakan bahawa proses islamisasi di kepulauan Melayu disokong oleh situasi politik dan juga motif politik.Melaka dikatakan menganut agama islam kerana mendapat sokongan perdagang-perdagang Islam.Kerajaan-kerajaan Islam yang baru, memerlu sokongan orang Islam untuk mempertahankan kerajaan mereka yang bercorak Islam.Van Leur cuba menumpukan faktor-faktor politik dan ekonomi yang menjadi dorongan kuat untuk kerajaan Melayu menganut agama Islam

. 4. Ajaran Islam yang mudah Orang melayu secara beramai-ramai suka rela memeluk Islam adalah disebabkan ajaran yang elok dan keadilan sejagat yang menghapuskan sistem kasta dalam umat manusia yang dibawa oleh Islam.Keadilan dan kebebasan yang tidak membezakaan warna kulit dan darah keturunan , menarik minat mereka dalam menghapuskan jurang pemisah dalam serata masyarakat ketika itu.Islam menekankan cara pergaulan yang baik, cara berpakaian, makan dan sebagainya.Ajaran Islam menganjurkan kebersihan dari kesucian jasmani dan rohani, ia diaggap sebahagian dari iman.Aspek ajaran Islam itu lebih mudah telah menyebabkan agama Islam akhirnya dapat mengatasi perkembangan agama Hindu.

 5. Kesusasteraan Mayarakat telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa gabungan utama.Dengan adanya satu bahasa kegiatan menyebarkan islam menjadi lebih mudah dan lancar.Kedatangan Islam telah meperkenalkan tulisan jawi.Dengan adanya tulisan jawi, dapat memudahkan para ulama dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana meereka dapat menguasai tulisan jawi.Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan mereka.Terdapat hasil-hasil sastera Islam berdasarkan kepada cerita-cerita nabi, perwira-perwira Islam dan sebagainya.Pegaruh agama Islam tersiar dengan meluas dan berjaya dijadikan satu pegangan yang teguh dan kuat sehingga mengkagumkan mubaligh-mubaligh Kristian yang gagal menjalankan usaha mereka.Beberapa tokoh karyawan dan ulama luar serta tempatan telah menghasilkan karya-karya yang berunsur Islam sama ada dalam bentuk 4 asli atau terjemahan. Karya-karya ini mengandungi pelbagai unsur yang boleh mendekatkan kefahaman pembacanya kepada ajaran Islam.

 6. Peranan ahli tasawuf, sufi dan pendakwah Kurun ke 14 penyebaran agama Islam telah disekat oleh Majapahit, Negara Hindu yang berakhir dan terbesar sekali di Tenggara Asia dengan berpecahnya Majapahit, Islam telah mulai tersebar semula dengan cepatnya.
Bukti-bukti ialah
: ● Mu’awiyah bin Abu Sufyan, iaitu Khalifah pertama Kerajaan Bani Umayyah telah menghubungi Ratu Sima di Jawa pada tahun 674M.
● Khalifah Umar Abdul Aziz, usaha-usaha dakwah Islamiah menampakkan hasil apabila baeliu Berjaya mengislamkan Srindravaman Raja Srivijaya di Jambi pada tahun 718M. 7. Kesan Perang Salib Perang ini berlaku pada abad ke-11 hingga ke-13.
 ● Perang Salib 1 ( 1096-1099M)
● Perang Salib 2 (1147-1149M)
 ● Perang Salib 3 (1189-1192M)
● Perang Salib 4 (1240-1249M)
 ● Perang Salib 5 (1218-1221M)
● Perang Salib 6 (1228-1229M)
● Perang Salib 7 (1240-1249M)

 Akibat dari perang salib, kedua-dua belah pihak sama ada Islam atau Kristian telah berlumba-lumba mengukuhkan kedudukan dan menjaga kepentingan mereka di timur.Saudagar-saudagar Islam telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meluaskan pengaruh mereka dengan mengembangkan agama Islam.Orang-orang Kristian juga membuat perkara yang sama dengan saudagar-saudagar Islam contohnya:

● Orang-orang Kristian mempunyai matlamat mengkristiankan masyarakat Timur. Tujuannya ialah menghapuskan agama Islam dan mengembangkan agama Kristian tapi gagal, kecuali di kepulauan Philipina dan Pulau Ambon.Orang-orang Barat mulai 5 menggunakan kekerasan untuk mencapai tujuan mereka.Walau bagaimanapun sejarah telah membuktikan yang agama Islam telah berjaya tersebar luas dengan pelbagai cara. Faktor saigan yang berlaku di Asia Barat dan di Semenanjung Ibena telah mendorong semangat penyebaran agama Islam. Keadaan ini, dianggap sebagai satu usaha utuk menahan pengaruh agama Kristian.

 8. Perasaan anti sistem kasta Berbanding dengan ajaran Islam, agama Hindu sangat mementingkan status atau menekan konsep kasta.Masyarakat Hindu dibahagikan kepada taraf yang berbeza-beza seperti:
 ● Kasta tinggi (Brahmin)
 ● Kasta sederhana (Kesyatria dan Vaisya)
● Kasta rendah (Paria)

 Ahli-ahli sosioloji moden menjelaskan bahawa lahirnya sentimen pro-Islam yang mendalam di kalangan penganut Islam di kawasan bandar adalah dipengaruhi dengan kuatnya oleh perasaan anti sistem kasta.Memeluk agama Islam adalah cara yang berkesan untuk membebaskan mereka dari berlenggu kasta.

9. Pengaruh pemerintah Agama Islam mula berkembang di Nusantara telah mendapat tempat di kalangan raja dan pembesar.Pengislman raja-raja telah membantu perlembagaan Islam.Masyarakat Melayu terkenal sebagai masyarakat yang taat kepada raja.Masyarakat mudah terpengaruh dengan perbuatan dan kata-kata raja.Kata-kata raja dianggap undang-undang muktamad.Apabila raja dan pembesar sesebuah negeri menganut agama Islam, secara langsung rakyat jelata turut mengikut jejak langkah raja dan pembesar mereka

KESIMPULAN

 Kesimpulannya,Agama Islam telah berjaya mempengaruhi sebahagian besar penduduk alam Melayu walaupun agama Hindu lebih awal bertapak di rantau ini. Islam telah membawa tamadun yang tinggi dan serba lengkap meliputi semua aspek kehidupan. Asas-asas tamadun Islam yang tersebar di nusantara semenjak awal abad ke-15 telah menjadi nilai hidup orang-orang Melayu sehingga kini.

RUJUKAN
● Buku Pengajian Malaysia edisi kelima (Oxford Fajar)
● Internet http://www.slideshare.net/dka1a2015/muhd-shahriz-pengajian-malaysia?related=

Menerangkan Rancangan dan Visi Pembangunan.1)Sejauhmana pengetahuan anda mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB). Jelaskan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) dan Rancangan Malaysia (RM).

KUMPULAN 6 : NUR SYAFIQAH BINTI NAZI
                            NOR SHUHAIDA BINTI NGAH
                            NAFIZA HANIM BINTI SAHABUDIN
                            NUR ALIYA BINTI ZULKEPLI
                             AHMAD FARIS BIN IDRIS



PENDAHULUAN

Pada hari ini rakyat malayia dapat hidup secara aman dan harmoni dan situasi ini berkait rapat dengan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan.Keistimewaan dasar-dasar pembangunan Negara ini adalah kerana semuanya dapat mengimbangkan amalan ekonomi bebas dan campur tangan kerajaan.Sebelim tahun 1969,amalan ekonomi bebas diberi keutamaan dan amalan ekonomi ini telah membawa kepada ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum di negara kita.Tidak kurang juga mendapat yang mengaitkan peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 sebagai kesan perbezaan sosioekonomi antara kaum.Walaupun peristiwa 13 Mei membawa kepada kematian orang ramai dan kerosakan harta benda,namun kejadian ini juga turut menyedarkan para pemimpin negara  dan masyarakat bahawa sesuatu tindakan yang tegas harus diambil.



RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN

- Secara umumnya,sejarah perancangan pembagunan Negara boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama,iaitu

1.     Perancangan zaman sebelum merdeka.
2.     perancangan zaman selepas merdeka.
3.     perancangan selepas pelaksanaan dasar ekonomi baru.



MAKSUD PEMBANGUNAN

- Pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju.Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi,politik,sosial,pendidikan,psikologi,dan sebagainya.Selain itu,perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal,kebendaan dan bukan kebendaan.
-Pembangunan ekonomi negara yang seimbang menjadi matlamat utama dalam penggubalan dasar pembangunan ekonomi negara sejak kemerdekaan sehingga kini.
-Selepas kemerdekaan,pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan negara untuk  mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat Tanah Melayu kesan peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh penjajah British sebelum ini.
-Pembangunan negara dirancang melalui dua rancangan utama,iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan  Rangka Rancangan  Jangka Panjang (RRJP).Sejak merdeka,sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.




RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN

  • Rancangan Malaysia Lima Tahun merujuk Pelan Jangka Sederhana yang mengandungi dokumen kerja utama untuk melaksanakan program pembangunan Kerajaan,menetapkan sasaran perkembangan makrorkonomi dan juga saiz serta peruntukkan yang disediakan untuk program pembangunan sektor awam bagi tempoh lima tahun sesuatu Rancangan.Ianya juga menyatakan peranan indikatif yang dijangkakan bagi sektor swasta. 
Rancangan Pembangunan Negara Berjadual

- peringkat 1

  • Rancangan Malaya Pertama(1956-1960)
  • Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
  • Rancangan Malaysia Pertama(1966-1970) -Rancangan lima tahun yang pertama setelah pembentukan Malaysia.
-peringkat 2
  • Rancangan Malaysia kedua (1971-1975)
  • Rancangan Malaysia ketiga (1976-1980)
  • Rancangan Malaysia keempat(1981-1985)
  • Rancangan Malaysia kelima (1986-1990)
  • DEB(dasar ekonomi baru)
-peringkat 3
  • Rancangan Malaysia keenam(1991-1995)
  • Rancangan Malaysia ketujuh(1996-2001)
  • DPN(dasar pembangunan nasional)
-peringkat 4
  • Rancangan Malaysia kelapan(2002-2006)
  • Rancangan Malaysia kesembilan(2007-2011)
  • DWN(dasar wawasan negara)
-perigkat 5
  • Rancangan Malaysia kesepuluh
  • Rancangan Malaysia kesebelas

KESIMPULAN


- Tegasnya,kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif yang sangat bersungguh-sungguh untuk mengangkat ekonomi negara ke tahap yang paling maksima.Biarpun begitu , kerajaan juga sangat mengambil kira kesan jangka masa pendek dan panjang terhadap sesuatu pelaksanaan dasar pembangunan tersebut.Justeru ,tidak hairanlah aspek pembasmian kemiskinan,peningkatan KDNK dan taraf ekonomi seisi rumah dibanguunkan seiring dengan penyusunan semula masyarakat dan agihan ekonomi yang seimbang antara semua kaum,masyarakat dan juga kawasan.

- Semua dasar pembangunan yang digubal oleh kerajaan merupakan satu garis panduan yang amat penting dalam membentuk sahsiah peribadi manusia dalam negara dan juga menjamin perpaduan sekali gus keharmonian rakyat.Dasar-Dasar ini digubal supaya setiap pihak mendapat layanan yang saksama,menitikberatkan nilai kemanusiaan , bertolak ansur sesame kaum dan jantina,malahan meletakkan negara dengan satu identiti yang tersendri di mata dunia.Walau bagaimanapun , keberkesanannya amat bergantung kepada penghayatan rakyat negara terhadap setiap dasar yang digubal tersebut.















RUJUKAN





http://www.slideshare.net/khalidahabdhadi/pembentukan-malaysia-pengajian-malaysia

KAJIAN HAK HAK PERHIMPUNAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KUMPULAN 3 : WAN ADLI BIN MOHD HANAFEE
                        NURUL ALINA BINTI ISNI
                        KHAIRUNNAJWA BINTI KHAIRIL ANUAR
                        SHUFI SHUHADA BINTI SHARIFUDDIN
                        NURHAZIQAH BINTI HANAFE




Pengenalan

Kebebasan berhimpun ialah hak asasi manusia untuk berkumpul secara aman untuk menyuarakan pendapat bagi kepentingan bersama. Ini termasuk hak untuk berhimpun di tempat awam, membentuk kumpulan dan
untuk berarak. 

Kebebasan berhimpun adalah asas kepada sistem demokrasi yang matang. Ia membolehkan rakyat menyuarakan pendapat tentang isu- isu semasa secara kolektif dan menekan kerajaan untuk menunaikan tuntutan rakyat. Kebebasan inilah yang mampu mendorong rakyat untuk bersatu padu dan mengukuhkan suara kolektif, bagi menuntut kepentingan bersama.




FAEDAH DARIPADA PENGAMALAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA
·         Kerajaan telah Berjaya melancarkan dasar ekonomi baru (DEB) yang bertujuan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia bagi mencapai perpaduan serta mengekalkan keamanan dan keselamatan Negara .
·         Kerajaan juga mengalakan pertumbuhan ekonomi untuk menyediakan peluang perkerjaan, menambah kemahiran , menggalakkan penggunaan teknologi moden dan apa yang lebih penting adalah mempertingkatkan daya pengeluaran , pendapatan dan kemakmuran Negara.
·         Kerajaan juga akan menggalakkan penglibatan swasta alam usaha kerajaan untuk memesatkan pembagunan Negara ,meningkatan kecekapan dan mencapai produktiviti yang lebih tinggi.
·         Kerajaan juga menitikberat pelajaran dan pendidikan , kemudahan-kemudahan , pelajaran yang disediakan di Negara ini bertujuan memupuk perpaduan Negara dan memenuhi keperluan tenaga rakyat terlatih.


PERATURAN BERKAITAN KEBEBASAN BERHIMPUN YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERKARA 10 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUH PERSATUAN.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4);

(a) tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;

(b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;

(c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan;

(2) Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan:

(a) ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

Akta Perhimpunan Awam 2011
Satu akta yang berhubung dengan hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata, dan untuk menyediakan suatu sekatan yang dirasakan perlu dan apa-apa usaha yang berhubung dengan hak tersebut di dalam kepentingan keselamatan Persekutuan Malaysia atau apa-apa bahagian atau peraturan awam termasuklah melindungi hak kepentingan dan kebebasan insan lain, dan untuk memberikan apa-apa sahaja yang berkaitan.

Akta Perhimpunan Aman 2011 merujuk kepada 'Akta Perhimpunan Aman' yang diluluskan di Parlimen pada 24 November 2011 bagi mengawal perhimpunan awam di Malaysia. Rang Undang-Undang itu dibentangkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak .


Ciri-ciri selepas pindaan


Fasal 4 : menyatakan hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah Akta ini tidak meluas kepada yang berikut:
(a) seseorang bukan warganegara; (b) perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan; (c) suatu protes jalanan; (d) berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun; dan (e) berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, seseorang kanak-kanak.

Fasal 8 : Seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.
Fasal 9(1) : Penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis daripada 30 hari kepada sepuluh hari.
Fasal 9(5) : Polis boleh mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.
Fasal 12(1) : Memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan berhubung perhimpunan tersebut – daripada daripada 48 jam kepada 24 jam.
Fasal 12(2) : Tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan daripada lima hari kepada 24 jam.
Fasal 14 : Tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga dipendekkan daripada 12 hari kepada lima hari.
Fasal 15 : Pemusatan kuasa serta budibicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai
Fasal 16 : Memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan untuk membuat rayuan kepada menteri.[3]
Fasal 21 : Membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan
Fasal 21(3) : Polis boleh mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.
Tempat larangan - tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah - lingkungan 50 meter .

Pendapat Datuk Mukhriz Mahathir berkenaan Perhimpunan Haram
Perhimpunan haram yang berlangsung pada tahun 2009 yang lalu memberi kesan (negatif) kepada perdagangan dan pelaburan Malaysia, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.

Katanya perhimpunan haram itu akan mewujudkan satu kesan negatif kepada pelaburan langsung asing (FDI) yang meningkat secara signifikan, dari tahun ke tahun.

Mukhriz berkata kestabilan politik adalah kriteria yang sangat penting di dalam usaha negara ini untuk menarik FDI dan sehingga ini, Malaysia sangat berjaya di dalam usaha itu.

“Banyak pelabur, yang pada peringkat awalnya merancang melabur di negara jiran, telah mengalihkan rancangan mereka untuk melabur di Malaysia selepas berlaku krisis politik di negara yang disasarkan pada asalnya.

“Sekarang, jika kita berhadapan krisis yang sama di sini, tanggapan para pelabur terhadap Malaysia dan Asean, secara umumnya, akan menjadi negatif,” katanya kepada pemberita di sini Selasa selepas satu majlis perkongsian pengetahuan dengan kira-kira 45 pelajar universiti yang ditawarkan melakukan latihan di seberang laut.

Kesan Buruk Perhimpunan Haram
Ada yang berpandangan berhimpun itu suatu bentuk kebebasan yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun sejauh manakah keberkesanan pihak penganjur untuk menjamin demonstrasi yang dijalankan tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada banyak pihak, khususnya rakyat di sekitar Kuala Lumpur. Jika kita amati, berdasarkan pengalaman lalu, perhimpunan seumpama ini telah mengundang terlalu banyak impak buruk kepada negara apabila demonstrasi dijalankan di jalanan. Pihak yang berkepentingan tentunya tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam hal ini.

Kalau disoroti pengalaman dahulu, pihak berkuasa seperti polis dan pasukan anti rusuhan seperti FRU dilabel sebagai tidak berperikemanusiaan terhadap aktivis yang berdemonstrasi. Wartawan asing dan media yang menyokong agenda perjuangan parti tertentu ternyata membuat liputan berat sebelah apabila hanya menyiarkan sedutan rakaman yang menggambarkan pihak berkuasa bertindak ganas menghuraikan perhimpunan yang diadakan.

Kerugian Jutaan Ringgit

Antara aspek yang perlu diberi perhatian oleh golongan yang degil ini adalah kerugian yang bakal ditanggung banyak pihak jika demonstrasi haram ini diteruskan. Presiden Persatuan Pemandu Teksi Lembah Klang, Datuk Aslah Abdullah mendakwa seramai 21,000 pemandu teksi di Lembah Klang akan mengalami kerugian RM3.2 juta sehari. Itu baru pemandu teksi. Bayangkan berapa besar jumlah keseluruhan kerugian yang terpaksa ditanggung golongan peniaga dan individu di sekitar lokasi yang disasarkan pihak berkenaan untuk berdemo?
Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2009 melaporkan, peniaga di sekitar ibu negara menanggung kerugian sekurang-kurangnya RM100 juta akibat demonstrasi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang didalangi oleh pihak yang sama sehari sebelumnya. Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang meninjau lokasi terbabit, anggaran awal jumlah kerugian itu dibuat berdasarkan aduan yang diterima daripada para peniaga. Peniaga di Lorong Tuanku Abdul Rahman sahaja, menanggung kerugian dianggarkan berjumlah RM3 juta. Soalnya, sanggupkah penganjur perhimpunan itu membayar pampasan dan kerugian kepada golongan peniaga ini? Atau, adakah pihak penganjur akan sekali lagi bersikap lepas tangan dan menyalahkan pihak berkuasa sekiranya berlaku rusuhan dan kerosakan harta benda awam  akibat kedegilan dan kerakusan kumpulan berkenaan.


Antara kesan selepas Perhimpunan Haram Bersih 2.0 yang berlaku pada tahun 2009 :-
·                     Seramai lebih kurang 1600 peserta ditangkap termasuk beberapa pemimpin atasan. Tetapi telah dibebaskan secara berperingkat-peringkat dengan jaminan polis.
·                     Kerosakan harta benda yang dianggarkan kerugian berjumlah RM100 juta.
·                     Peniaga-peniaga kecil di sekitar lokasi perhimpunan terpaksa menanggung kerugian dianggarkan lebih kurang RM30 juta kerana tidak boleh berniaga pada hari tersebut menyebabkan pendapatan mereka terjejas.
·                     Polis terpaksa membelanjakan sehingga RM40 ribu semata-mata untuk menyediakan makanan (bufet) dan kemudahan kepada peserta-peserta yang ditangkap.
·                     Beberapa Majlis Perkahwinan terganggu dan terjejas berikutan jalan ditutup dan kesesakan berlaku menyebabkan ramai yang terperangkap gara-gara peserta perhimpunan.
·                     Sampah sarap yang ditinggalkan peserta tidak dibersihkan selepas perhimpunan berakhir. Tak sepertimana yang dilaung-laungkan pihak penganjur yang sukakan kebersihan.
·                     Kematian salah seorang peserta perhimpunan akibat serangan jantung.( Mungkin Disebabkan Polis)
·                     Pekerja yang berkerja sekitar lokasi perhimpunan terganggu.
·                     Mengganggu urusan orang ramai yang mahu berurusan di lokasi perhimpunan.
·                     Penganjuran perhimpunan haram dilihat mempunyai agenda politik gara-gara penglibatan pemimpin politik. ( Mungkin)
·                     Penganjuran lebih dilihat sebagai perpecahan kaum terutamanya Melayu biarpun tujuannya bersih. Cuma caranya sahaja dilihat tidak profesional dan seakan tidak bertamadun.
·                     Industri pelancongan juga turut terjejas. Pelancong asing meragui keselamatan mereka untuk berkunjung ke Malaysia.
·                     Mencemarkan nama baik negara sendiri di mata dunia. Tumpuan dunia tertumpu di Malaysia tanpa mengetahui status sebenar apa yang berlaku jika maklumat yang disampaikan itu kurang tepat.
·                     Apa yang dirisaukan jika Baginda YDP Agong Akan mengumumkan Daurat. Sudah pasti negara huru-hara. Dan keselamatan negara akan tergugat.


KESIMPULAN
Pengalaman sistem demokrasi berpalimen sesungguhnya mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat negara ini. Sejak diperkenalkan sehingga kini , sistem tersebut telah dapat menwujudkan suasana politik yang stabil , aman dan makmur. Melalui demokrasi berpalimen, kewujudan seorang raja berpelembagaan telah mengekalkan kesinambungan tradisi pemereintahan dinegara ini.manakala kerajaan yang dipilih oleh rakyat pula, perlu bijak memenangi hati rakyat dan tidak boleh berat sebelah kerana keadaan ini akan menjatuhkan kerajaan pemerintah pada masa yang sama yang akan datang. Selain itu, setiap individu juga akan dilindungi kedudukannya dan boleh menggunakan hak mereka untuk menentukan tampok pemerintahan negara. Diharapkan setiap warganegara akan sentiasa bekerja sama bagi membolehkan konsep demokrasi ini teros wujud.


RUJUKAN
Buku.

   1. Pengajian Malaysia oleh Dr. Mardiana Nordin; Hasnah Hussin (Oxford Fajar)
   2. Perkembangan Perlembagaan Malaysia oleh Mohd Aris Hj Osman (Fajar Bakti 1983)

Internet.
  1. ms.m.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia


2. http://www.parlimen.gov.my/