KUMPULAN 1 : WAN NUR FATIN SURAYA BINTI WAN HAMAT
SITI NUR SYAHIRAH BINTI JUHARI
NUR AINAA AQILAH BINTI RAMLI
NUR ALIF NAJMI BIN KHAIRUL SALLEH
JUHADI BIN SAMSUDDIN.
SEJARAH AWAL NEGARA
PENDAHULUAN
Sejarah awal negara bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu. Penemuan arkeologi
membuktikan beberapa kawasan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah didiami
manusia sejak zaman prasejarah lagi. Zaman paleolitik berlaku lebih kurang 35 ribu
tahun dahulu. Antara petempatan awal manusia adalah di Kota Tampan,Perak , Gua niah
di Sarawak dan Tingkayu di Sabah. Perkembangan masyarakat dari zaman Paleolitik ke
zaman Mesolitik , zaman logam hinggalah zaman proto sejarah memperlihatkan
pembangunan tamadun yang pesat di tanah air sejak Sebelum Masihi hinggalah abad
sepuluh yang pertama. Perkembangan ini terus berlaku pada abad-abad seterusnya yang
menyaksikan perkembangan kebudayaan berasaskan kepercayaan dengan kemasukan
pengaruh Buddha, Hindu dan kemudiannya Islam.
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan agama Islam di Melaka.
Antarnya ialah:
1. Perdagangan
Melaka telah menjadi sebuah negara Islam hasil daripada kegiatan perdagangan.Setelah
Melaka menjadi negara Islam, kegiatan dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei
melalui cara yang sama.Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar Islam telah
menarik hati penduduk tempatan termasuk pihak pemerintah sendiri.Mereka suka dan
tertarik hati kepada saudagar Islam kerana kemakmurannya bergantung kepada
perdagangan yang dibawa oleh saudagar tersebut.Melaka juga menjadi pusat
pengajaran Islam di Nusantara. Ini dapat dibuktikan dari Melakalah Islam berkembang ke
Pulau Iawa.
Ahli-ahli perniagaan Jawa beramai-ramai datang ke Melaka menjalankan perniagaan dan
ada di antaranya menerima Islam. Sekembalinya mereka ke Jawa, saudagar-saudagar
tadi berusaha memperkenalkan Islam di Jawa. Akhirnya atas usaha saudagar-saudagar
tadi, Islam telah berkembang di Jawa. Lantaran itu ramai yang berpendapat Jawa
diislamkan oleh Melaka.Teori bagaimana Islam disebarkan ke alam Melayu telah
dikemukakan oleh beberapa orang sarjana Barat.Teori yang tertua sekali menyatakan
bahawa agama Islam disiarkan ke alam Melayu melalui saluran perdagangan seperti
yang telah dikemukakan oleh Tom Pires pada tahun 1515. Teori ini menyatakan bahawa
proses islamisasi di kepulauan Melayu dilakukan secara aman oleh pedagang-pedagang
yang tinggal di beberapa tempat dan berkahwin dengan wanita-wanita setempat.N. Krom
berpegang kepada pendapat yang sama dan beliau menekankan tentang persamaan di
antara proses islamisasi dengan proses penyebaran agama Hindu di alam Melayu
sebelum kedatangan agama Islam. Beliau juga berpendapat bahawa penyebaran agama
Islam itu dilakukan oleh pedagang-pedagang Islam.Y.H. Kern juga berpegang kepada
teori yang sama dan menambah bahawa, apabila peniaga-peniaga yang kaya telah
berkahwin dengan keluarga pemerintah setempat, sedikit demi sedikit mereka dapat
menguasai politik negeri berkenaan. Menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam
sudah ada di kawasan perairan Melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi.
Pedagang-pedagang Islam dipercayai telah mendirikan koloni-koloni mereka di perairan
Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera untuk menjalankan kegiatan perdagangan
Selain menjadi perdagangan, saudagar-saudagar tersebut juga menjalankan kegiatan
dakwah di kawasan-kawasan yang disinggahi. Ada di antara mereka yang tidak
menjalankan kegiatan dakwah tetapi telah memberikan kemudahan kepada golongan
pendakwah yang berkhidmat secara langsung dengan mengizinkan pendakwah menaiki
kapal-kapal mereka bagi menyebarkan dakwah dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang
lain. Dengan cara ini Islam dengan cepat tersebar di Nusantara.
2. Perkahwinan
Perkahwinan adalah faktor utama perkembangan Islam di Nusantara.Agama islam
dikembangkan menerusi ikatan perkahwinan diraja.Raja-raja dari negeri lain berkahwin
2
dengan puteri-puteri sultan Melaka selepas memeluk agama islam.Proses ini dipanggil
perkahwinan sasah.Proses ini turut membantu penyebaran Islam ke sesebuah
Negara.Sebagai contoh seperti perkahwinan Puteri Pasai sengan Megat Iskandar Syah
telah menyebabkan Islam tersebar ke Melaka.Agama islam bertambah kukuh apabila
ramai saudagar yang beragama Islam berkahwin dengan wanita Melaka.Perhubungan
keluarga telah memudahkan para perdagang islam berdakwah secara terus denagn
kaum kerabat mereka sendiri.Selepas perkahwinan saudagar-saudagar tadi
memperkembangkan agama Islam pada:
● Isteri
● Keluarga isteri
● Masyarakat tempatan
Apabila raja-raja dan pembesar-pembesar menerima Islam dengan mudah, Islam dengan
cepat ia berkembang di kalangan rakyat bawahan.Melaka sebagai pusat perkembangan
agama Islam yang utama, dapat mengembangkan di tanah-tanah jajahan takluk nya
seperti:
● Siak
● InderaGiri
● Rokan
● Pahang
● Perak
Perkahwinan Isalam yang kaya dengan keluarga diraja setempat telah menjadi faktor
utama dalam penyebaran islam ke seluruh alam melayu.
3. Perluasan kuasa dan faktor politiK
Melaka telah menduduki banyak daerah dari negeri di Semenanjung dan juga Sumatera
seperti:
● Pahang
● Kedah
● Siak
● Rokan
Melalui penaklukan ini, Islam telah disebarkan ke negeri-negeri tersebut.Di zaman
kekuatan Melaka dahulu, melalui naungan yang diberikan terhadap tanah-tanah
3
jajahanya ia telah menyelamatkan negeri-negeri tersebur dari jatuh ke tangan
kuasa-kuasa Kristian. Sarjana Barat iaitu Van Leur mengemukakan teorinya yang
mengatakan bahawa proses islamisasi di kepulauan Melayu disokong oleh situasi politik
dan juga motif politik.Melaka dikatakan menganut agama islam kerana mendapat
sokongan perdagang-perdagang Islam.Kerajaan-kerajaan Islam yang baru, memerlu
sokongan orang Islam untuk mempertahankan kerajaan mereka yang bercorak
Islam.Van Leur cuba menumpukan faktor-faktor politik dan ekonomi yang menjadi
dorongan kuat untuk kerajaan Melayu menganut agama Islam
.
4. Ajaran Islam yang mudah
Orang melayu secara beramai-ramai suka rela memeluk Islam adalah disebabkan ajaran
yang elok dan keadilan sejagat yang menghapuskan sistem kasta dalam umat manusia
yang dibawa oleh Islam.Keadilan dan kebebasan yang tidak membezakaan warna kulit
dan darah keturunan , menarik minat mereka dalam menghapuskan jurang pemisah
dalam serata masyarakat ketika itu.Islam menekankan cara pergaulan yang baik, cara
berpakaian, makan dan sebagainya.Ajaran Islam menganjurkan kebersihan dari kesucian
jasmani dan rohani, ia diaggap sebahagian dari iman.Aspek ajaran Islam itu lebih mudah
telah menyebabkan agama Islam akhirnya dapat mengatasi perkembangan agama
Hindu.
5. Kesusasteraan
Mayarakat telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa gabungan utama.Dengan
adanya satu bahasa kegiatan menyebarkan islam menjadi lebih mudah dan
lancar.Kedatangan Islam telah meperkenalkan tulisan jawi.Dengan adanya tulisan jawi,
dapat memudahkan para ulama dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan
dengan Islam kerana meereka dapat menguasai tulisan jawi.Bahasa Melayu telah
dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan mereka.Terdapat hasil-hasil
sastera Islam berdasarkan kepada cerita-cerita nabi, perwira-perwira Islam dan
sebagainya.Pegaruh agama Islam tersiar dengan meluas dan berjaya dijadikan satu
pegangan yang teguh dan kuat sehingga mengkagumkan mubaligh-mubaligh Kristian
yang gagal menjalankan usaha mereka.Beberapa tokoh karyawan dan ulama luar serta
tempatan telah menghasilkan karya-karya yang berunsur Islam sama ada dalam bentuk
4
asli atau terjemahan. Karya-karya ini mengandungi pelbagai unsur yang boleh
mendekatkan kefahaman pembacanya kepada ajaran Islam.
6. Peranan ahli tasawuf, sufi dan pendakwah
Kurun ke 14 penyebaran agama Islam telah disekat oleh Majapahit, Negara Hindu yang
berakhir dan terbesar sekali di Tenggara Asia dengan berpecahnya Majapahit, Islam telah
mulai tersebar semula dengan cepatnya.
Bukti-bukti ialah
:
● Mu’awiyah bin Abu Sufyan, iaitu Khalifah pertama Kerajaan Bani Umayyah telah
menghubungi Ratu Sima di Jawa pada tahun 674M.
● Khalifah Umar Abdul Aziz, usaha-usaha dakwah Islamiah menampakkan hasil
apabila baeliu Berjaya mengislamkan Srindravaman Raja Srivijaya di Jambi pada
tahun 718M.
7. Kesan Perang Salib
Perang ini berlaku pada abad ke-11 hingga ke-13.
● Perang Salib 1 ( 1096-1099M)
● Perang Salib 2 (1147-1149M)
● Perang Salib 3 (1189-1192M)
● Perang Salib 4 (1240-1249M)
● Perang Salib 5 (1218-1221M)
● Perang Salib 6 (1228-1229M)
● Perang Salib 7 (1240-1249M)
Akibat dari perang salib, kedua-dua belah pihak sama ada Islam atau Kristian telah
berlumba-lumba mengukuhkan kedudukan dan menjaga kepentingan mereka di
timur.Saudagar-saudagar Islam telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meluaskan
pengaruh mereka dengan mengembangkan agama Islam.Orang-orang Kristian juga
membuat perkara yang sama dengan saudagar-saudagar Islam contohnya:
● Orang-orang Kristian mempunyai matlamat mengkristiankan masyarakat Timur.
Tujuannya ialah menghapuskan agama Islam dan mengembangkan agama Kristian tapi
gagal, kecuali di kepulauan Philipina dan Pulau Ambon.Orang-orang Barat mulai
5
menggunakan kekerasan untuk mencapai tujuan mereka.Walau bagaimanapun sejarah
telah membuktikan yang agama Islam telah berjaya tersebar luas dengan pelbagai cara.
Faktor saigan yang berlaku di Asia Barat dan di Semenanjung Ibena telah mendorong
semangat penyebaran agama Islam. Keadaan ini, dianggap sebagai satu usaha utuk
menahan pengaruh agama Kristian.
8. Perasaan anti sistem kasta
Berbanding dengan ajaran Islam, agama Hindu sangat mementingkan status atau
menekan konsep kasta.Masyarakat Hindu dibahagikan kepada taraf yang berbeza-beza
seperti:
● Kasta tinggi (Brahmin)
● Kasta sederhana (Kesyatria dan Vaisya)
● Kasta rendah (Paria)
Ahli-ahli sosioloji moden menjelaskan bahawa lahirnya sentimen pro-Islam yang
mendalam di kalangan penganut Islam di kawasan bandar adalah dipengaruhi dengan
kuatnya oleh perasaan anti sistem kasta.Memeluk agama Islam adalah cara yang
berkesan untuk membebaskan mereka dari berlenggu kasta.
9. Pengaruh pemerintah
Agama Islam mula berkembang di Nusantara telah mendapat tempat di kalangan raja
dan pembesar.Pengislman raja-raja telah membantu perlembagaan Islam.Masyarakat
Melayu terkenal sebagai masyarakat yang taat kepada raja.Masyarakat mudah
terpengaruh dengan perbuatan dan kata-kata raja.Kata-kata raja dianggap
undang-undang muktamad.Apabila raja dan pembesar sesebuah negeri menganut
agama Islam, secara langsung rakyat jelata turut mengikut jejak langkah raja dan
pembesar mereka
KESIMPULAN
Kesimpulannya,Agama Islam telah berjaya mempengaruhi sebahagian besar penduduk
alam Melayu walaupun agama Hindu lebih awal bertapak di rantau ini. Islam telah
membawa tamadun yang tinggi dan serba lengkap meliputi semua aspek kehidupan.
Asas-asas tamadun Islam yang tersebar di nusantara semenjak awal abad ke-15 telah
menjadi nilai hidup orang-orang Melayu sehingga kini.
RUJUKAN
● Buku Pengajian Malaysia edisi kelima (Oxford Fajar)
● Internet
http://www.slideshare.net/dka1a2015/muhd-shahriz-pengajian-malaysia?related=
No comments:
Post a Comment