KUMPULAN 3 : WAN ADLI BIN MOHD HANAFEE
NURUL ALINA BINTI ISNI
KHAIRUNNAJWA BINTI KHAIRIL ANUAR
SHUFI SHUHADA BINTI SHARIFUDDIN
NURHAZIQAH BINTI HANAFE
Pengenalan
Kebebasan berhimpun ialah hak asasi manusia
untuk berkumpul secara aman untuk menyuarakan pendapat bagi kepentingan
bersama. Ini termasuk hak untuk berhimpun di tempat awam, membentuk kumpulan
dan
untuk berarak.
Kebebasan berhimpun adalah asas kepada sistem demokrasi yang
matang. Ia membolehkan rakyat menyuarakan pendapat tentang isu- isu semasa
secara kolektif dan menekan kerajaan untuk menunaikan tuntutan rakyat.
Kebebasan inilah yang mampu mendorong rakyat untuk bersatu padu dan mengukuhkan
suara kolektif, bagi menuntut kepentingan bersama.
FAEDAH DARIPADA PENGAMALAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI
MALAYSIA
·
Kerajaan
telah Berjaya melancarkan dasar ekonomi baru (DEB) yang bertujuan membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia bagi
mencapai perpaduan serta mengekalkan keamanan dan keselamatan Negara .
·
Kerajaan
juga mengalakan pertumbuhan ekonomi untuk menyediakan peluang perkerjaan,
menambah kemahiran , menggalakkan penggunaan teknologi moden dan apa yang lebih
penting adalah mempertingkatkan daya pengeluaran , pendapatan dan kemakmuran
Negara.
·
Kerajaan
juga akan menggalakkan penglibatan swasta alam usaha kerajaan untuk memesatkan
pembagunan Negara ,meningkatan kecekapan dan mencapai produktiviti yang lebih
tinggi.
·
Kerajaan
juga menitikberat pelajaran dan pendidikan , kemudahan-kemudahan , pelajaran
yang disediakan di Negara ini bertujuan memupuk perpaduan Negara dan memenuhi
keperluan tenaga rakyat terlatih.
PERATURAN
BERKAITAN KEBEBASAN BERHIMPUN YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERKARA
10 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUH
PERSATUAN.
(1)
Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4);
(a)
tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;
(b)
semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak
bersenjata;
(c)
semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan;
(2)
Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan:
(a) ke
atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau
mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,
ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau
mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah,
fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;
(b) ke
atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau
mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;
(c) ke
atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau
mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.
(3)
Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c)
Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau
pelajaran.
(4) Pada
mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau
mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a), Parlimen
boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara,
hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang
ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3, Perkara 152, 153 dan
181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya
sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.
Akta
Perhimpunan Awam 2011
Satu akta yang berhubung dengan hak untuk
berhimpun secara aman tanpa senjata, dan untuk menyediakan suatu sekatan yang
dirasakan perlu dan apa-apa usaha yang berhubung dengan hak tersebut di dalam
kepentingan keselamatan Persekutuan Malaysia atau apa-apa bahagian atau
peraturan awam termasuklah melindungi hak kepentingan dan kebebasan insan lain,
dan untuk memberikan apa-apa sahaja yang berkaitan.
Akta
Perhimpunan Aman 2011 merujuk
kepada 'Akta Perhimpunan Aman' yang diluluskan di Parlimen pada 24 November
2011 bagi mengawal perhimpunan awam di Malaysia. Rang Undang-Undang itu
dibentangkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak
.
Ciri-ciri selepas pindaan
Fasal 4
: menyatakan hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu
perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah Akta ini tidak meluas kepada
yang berikut:
(a)
seseorang bukan warganegara; (b) perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat
larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan; (c) suatu
protes jalanan; (d) berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang
yang di bawah umur dua puluh satu tahun; dan (e) berhubung dengan penyertaan
dalam suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua,
seseorang kanak-kanak.
Fasal 8
: Seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu
untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.
Fasal
9(1) : Penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis
daripada 30 hari kepada sepuluh hari.
Fasal
9(5) : Polis boleh mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000
sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.
Fasal
12(1) : Memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan
berhubung perhimpunan tersebut – daripada daripada 48 jam kepada 24 jam.
Fasal
12(2) : Tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas
notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan daripada lima hari kepada 24 jam.
Fasal 14
: Tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga
dipendekkan daripada 12 hari kepada lima hari.
Fasal 15
: Pemusatan kuasa serta budibicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan
syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai
Fasal 16
: Memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan untuk
membuat rayuan kepada menteri.[3]
Fasal 21
: Membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk
menyuraikan sesebuah perhimpunan
Fasal
21(3) : Polis boleh mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda
sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.
Tempat
larangan - tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal
pengangkutan, tadika dan juga sekolah - lingkungan 50 meter .
Pendapat
Datuk Mukhriz Mahathir berkenaan Perhimpunan Haram
Perhimpunan
haram yang berlangsung pada tahun 2009 yang lalu memberi kesan (negatif) kepada
perdagangan dan pelaburan Malaysia, kata Timbalan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.
Katanya
perhimpunan haram itu akan mewujudkan satu kesan negatif kepada pelaburan
langsung asing (FDI) yang meningkat secara signifikan, dari tahun ke tahun.
Mukhriz
berkata kestabilan politik adalah kriteria yang sangat penting di dalam usaha
negara ini untuk menarik FDI dan sehingga ini, Malaysia sangat berjaya di dalam
usaha itu.
“Banyak
pelabur, yang pada peringkat awalnya merancang melabur di negara jiran, telah
mengalihkan rancangan mereka untuk melabur di Malaysia selepas berlaku krisis
politik di negara yang disasarkan pada asalnya.
“Sekarang,
jika kita berhadapan krisis yang sama di sini, tanggapan para pelabur terhadap
Malaysia dan Asean, secara umumnya, akan menjadi negatif,” katanya kepada
pemberita di sini Selasa selepas satu majlis perkongsian pengetahuan dengan
kira-kira 45 pelajar universiti yang ditawarkan melakukan latihan di seberang
laut.
Kesan
Buruk Perhimpunan Haram
Ada yang berpandangan berhimpun itu suatu bentuk kebebasan
yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun sejauh manakah keberkesanan
pihak penganjur untuk menjamin demonstrasi yang dijalankan tidak akan
mendatangkan kemudaratan kepada banyak pihak, khususnya rakyat di sekitar Kuala
Lumpur. Jika kita amati, berdasarkan pengalaman lalu, perhimpunan seumpama ini
telah mengundang terlalu banyak impak buruk kepada negara apabila demonstrasi
dijalankan di jalanan. Pihak yang berkepentingan tentunya tidak meletakkan
kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam hal ini.
Kalau disoroti pengalaman dahulu, pihak berkuasa seperti
polis dan pasukan anti rusuhan seperti FRU dilabel sebagai tidak
berperikemanusiaan terhadap aktivis yang berdemonstrasi. Wartawan asing dan
media yang menyokong agenda perjuangan parti tertentu ternyata membuat liputan
berat sebelah apabila hanya menyiarkan sedutan rakaman yang menggambarkan pihak
berkuasa bertindak ganas menghuraikan perhimpunan yang diadakan.
Kerugian Jutaan Ringgit
Antara aspek yang perlu diberi perhatian oleh golongan yang
degil ini adalah kerugian yang bakal ditanggung banyak pihak jika demonstrasi
haram ini diteruskan. Presiden Persatuan Pemandu Teksi Lembah Klang, Datuk
Aslah Abdullah mendakwa seramai 21,000 pemandu teksi di Lembah Klang akan
mengalami kerugian RM3.2 juta sehari. Itu baru pemandu teksi. Bayangkan berapa
besar jumlah keseluruhan kerugian yang terpaksa ditanggung golongan peniaga dan
individu di sekitar lokasi yang disasarkan pihak berkenaan untuk berdemo?
Akhbar Utusan Malaysia
bertarikh 3 Ogos 2009 melaporkan, peniaga di sekitar ibu negara menanggung
kerugian sekurang-kurangnya RM100 juta akibat demonstrasi membantah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang didalangi oleh pihak yang sama sehari
sebelumnya. Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik
Raja Zainal Abidin yang meninjau lokasi terbabit, anggaran awal jumlah kerugian
itu dibuat berdasarkan aduan yang diterima daripada para peniaga. Peniaga di
Lorong Tuanku Abdul Rahman sahaja, menanggung kerugian dianggarkan berjumlah
RM3 juta. Soalnya, sanggupkah penganjur perhimpunan itu membayar pampasan dan
kerugian kepada golongan peniaga ini? Atau, adakah pihak penganjur akan sekali
lagi bersikap lepas tangan dan menyalahkan pihak berkuasa sekiranya berlaku
rusuhan dan kerosakan harta benda awam akibat kedegilan dan kerakusan
kumpulan berkenaan.
Antara
kesan selepas Perhimpunan Haram Bersih 2.0 yang berlaku pada tahun 2009 :-
· Seramai lebih kurang 1600 peserta ditangkap
termasuk beberapa pemimpin atasan. Tetapi telah dibebaskan secara
berperingkat-peringkat dengan jaminan polis.
· Kerosakan harta benda yang dianggarkan kerugian
berjumlah RM100 juta.
· Peniaga-peniaga kecil di sekitar lokasi
perhimpunan terpaksa menanggung kerugian dianggarkan lebih kurang RM30 juta
kerana tidak boleh berniaga pada hari tersebut menyebabkan pendapatan mereka
terjejas.
· Polis terpaksa membelanjakan sehingga RM40 ribu
semata-mata untuk menyediakan makanan (bufet) dan kemudahan kepada
peserta-peserta yang ditangkap.
· Beberapa Majlis Perkahwinan terganggu dan
terjejas berikutan jalan ditutup dan kesesakan berlaku menyebabkan ramai yang
terperangkap gara-gara peserta perhimpunan.
· Sampah sarap yang ditinggalkan peserta tidak
dibersihkan selepas perhimpunan berakhir. Tak sepertimana yang dilaung-laungkan
pihak penganjur yang sukakan kebersihan.
· Kematian salah seorang peserta perhimpunan
akibat serangan jantung.( Mungkin Disebabkan Polis)
· Pekerja yang berkerja sekitar lokasi
perhimpunan terganggu.
· Mengganggu urusan orang ramai yang mahu
berurusan di lokasi perhimpunan.
· Penganjuran perhimpunan haram dilihat mempunyai
agenda politik gara-gara penglibatan pemimpin politik. ( Mungkin)
· Penganjuran lebih dilihat sebagai perpecahan
kaum terutamanya Melayu biarpun tujuannya bersih. Cuma caranya sahaja dilihat
tidak profesional dan seakan tidak bertamadun.
· Industri pelancongan juga turut terjejas.
Pelancong asing meragui keselamatan mereka untuk berkunjung ke Malaysia.
· Mencemarkan nama baik negara sendiri di mata
dunia. Tumpuan dunia tertumpu di Malaysia tanpa mengetahui status sebenar apa
yang berlaku jika maklumat yang disampaikan itu kurang tepat.
· Apa yang dirisaukan jika Baginda YDP Agong Akan
mengumumkan Daurat. Sudah pasti negara huru-hara. Dan keselamatan negara akan
tergugat.
KESIMPULAN
Pengalaman sistem demokrasi berpalimen
sesungguhnya mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat negara ini. Sejak
diperkenalkan sehingga kini , sistem tersebut telah dapat menwujudkan suasana
politik yang stabil , aman dan makmur. Melalui demokrasi berpalimen, kewujudan
seorang raja berpelembagaan telah mengekalkan kesinambungan tradisi
pemereintahan dinegara ini.manakala kerajaan yang dipilih
oleh rakyat pula, perlu bijak memenangi hati rakyat dan tidak boleh berat
sebelah kerana keadaan ini akan menjatuhkan kerajaan pemerintah pada masa yang
sama yang akan datang. Selain itu, setiap individu juga akan dilindungi
kedudukannya dan boleh menggunakan hak mereka untuk menentukan tampok
pemerintahan negara. Diharapkan setiap warganegara akan sentiasa bekerja sama
bagi membolehkan konsep demokrasi ini teros wujud.
RUJUKAN
Buku.
1. Pengajian Malaysia oleh Dr. Mardiana Nordin; Hasnah Hussin (Oxford
Fajar)
2. Perkembangan Perlembagaan Malaysia oleh Mohd Aris Hj Osman (Fajar Bakti
1983)
Internet.
1. ms.m.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia
2.
http://www.parlimen.gov.my/
No comments:
Post a Comment